Menanti Kebagkitan Islam Di Nusantara (Negeri Di Bawah Angin)

Rasulullah memberitahu bahwasanya Kebangkitan Islam di akhir zaman kedudukannya jauh di sebelah timur. Para pendakwah yang turun ke Nusantara untuk mengislamkan Alam melayu ini adalah mereka yang bernasabkan daripada Ahlul Bait Rasulullah dan keturunan Sahabat yang terpilih.

Kebangkitan Islam di akhir zaman "umpama satu badan". Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak.


Negeri di bawah angin yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W adalah Nusantara (Samudera). Nusantara terkenal dengan kepercayaan kuat terhadap alam ghaib (Tuhan) dan merindui perkara yang ghaib (Pesuruh Tuhan). Rasulullah S.A.W memang tahu bahawa suatu masa nanti Bangsa Melayu nusantara akan berbondong-bondong/ beramai-ramai menganut ajaran Rasulullah S.A.W  (Agama Islam). 

Para pendakwah ada yang bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W  dan mengarahkan agar mencari jalan ke timur, pergi ke tanah melayu untuk mengislamkan mereka (Bangsa Melayu Nusantara). Bahkan semasa hayat baginda S.A.W, baginda sendiri ada menghantar sahabat ke nusantara bagi membina perkampungan kecil Islam di nusantara yang diwaktu itu masih dikuasai ajaran Hindu dan Buddha.

Seterusnya, usaha kerjasama dengan kerajaan Nusantara berlaku selepas kewafatan baginda, pada zaman Khalifah Muawiyah Abu Sufian dan Khalifah Umar Abdul Aziz, Usaha dakwah dan perhubungan diplomatik terus giat berjalan, sehingga kepada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmniyah.

Samudera yang Rasulullah S.A.W maksudkan adalah Nusantara, hendak pergi ke negeri di bawah angin tersebut, perlu belayar merentasi jalan laut yaknimerentasi Samudera. kerana negerinya dikelilingi pulau-pulau, juga pertembungan tiga lautan di tiga penjuru kepulauannya.
Nusantara adalah tempat lahirnya wali-wali Allah berketurunan Ahlul Baitdan sahabat yang bertaqwa dan yang sangat bertaqwa, lantas berperanan penting di akhir zaman ini.

Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam di nusantara ini bernasabkan daripada Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A. Sebelum kedatangan Islam, bangsa melayu nusantara adalah sebuah bangsa yang taat setia kepada Raja dan kerajaannya. Kedatangan para pendakwah mengislamkan Raja-raja mereka turut dituruti (seluruh rakyat) dengan menganut ajaran yang dibawa (Islam) secara beramai-ramai.

Bangsa melayu nusantara sebelum kedatangan Islam, Allah kurniakan kepada mereka sejenis kekuatan bernama "Sakti" (Istidraj), Apabila mereka semua melihat "Karomah" (Lebih hebat dari sakti) yang ditunjukkan (yang dilihat) oleh para pendakwah yang datang untuk mengislamkan mereka, mereka berkelihatan aneh dan kehairanan, lantas yakin dan taat setiakepada arahan raja-raja mereka agar beramai-ramai memeluk Islam (Seruan memeluk ajaran Islam).

Sebelum kedatangan para pendakwah mengislamkan negeri dan kerajaan di nusantara, Para Raja-raja ada yang bermimpi diberi kefahaman dan ditunjuki jalan yang benar (Taufik dan Hidayah), lantas mereka tidak keberatan menerima Islam yang dibawa oleh para pendakwah tersebut.

Bangsa melayu nusantara yang digelar Rasulullah s.a.w sebagai "Negeri Di Bawah Angin" kerana mereka semua percaya dan yakin kepada perkhabaran ghaib yang disampaikan diserukan kepada mereka semua. Apabila semuanya telah diislamkan, Allah menaikkan darjat Raja-raja mereka dan rakyat-rakyatnya di nusantara, "Sakti" telah bertukar menjadi "Maunah" atau "Karomah" mengikut keyakinan dan keimanan mereka semua.

Perkembangan ini juga dikukuhkan lagi dengan perkahwinan campur antararaja-raja melayu dengan keturunan Ahlul Bait dan Sahabat Rasulullah, juga para pendakwah bermukim dan berlaku perkahwinan campur dengan rakyat tempatan. dengan perkahwinan inilah mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan mengembangkan lagi keturunan Ahlul Bait di Nusantara ini.

Seterusnya berlaku perkembangan ilmu dan dakwah yang terus berkembang pesat di seluruh Nusantara, kesedaran berTuhan yang hakiki dan kemanisan Iman sangat dirasai. Raja-raja melayu telah menukar gelaran mereka kepadaSultan-Sultan di Nusantara.

Selanjutnya telah wujud pelbagai Institusi diraja yaitu Kesultanan Melayu Ahlul Bait dan Kerajaan islam di Nusantara ibarat "Cendawan tumbuh selepas Hujan". Semuanya seiring dengan pergerakan dakwah yang sedang berkembang pesat ke seluruh wilayah Nusantara.

Terbinalah sebuah bangsa nusantara yang taat kepada agama, setia kepada pemimpin, memiliki identiti tersendiri, peradaban bangsa dan kerajaan Islam yang penuh keajaiban.

Referensi : 
http://memoryfb.blogspot.co.id dan lain sebagainya

0 Comment "Menanti Kebagkitan Islam Di Nusantara (Negeri Di Bawah Angin)"

Post a Comment